Memperbaharui Syahadah

Ketika melafazkan syahadah, umat Islam menyebut kesaksian “Tiada Tuhan Selain Allah”, namun secara makna,perkataan Tiada Tuhan itu kurang tepat, sebaliknya harus dimaksudkan Tiada Sembahan melainkan Allah. Perkataan Tuhan dalam bahasa arab “Rob”, sedangkan Illah itu membawa maksud sembahan.

Hujahnya, bapa kepada Rasulullah s.a.w bernama Abdullah, yang bermaksud “Hamba Allah”. Sekiranya ditanya kepada mushrikin Quraishy, siapa tuhan kamu? Tentu mereka akan menjawab, “Allah”.

Yang membezakan antara keislaman dan kekufuran antara kaum muslimin dan mushrikin Quraishy ialah, sembahan mereka. Golongan mushirikin mempersekutukan Allah dengan pelbagai sembahan lain, untuk ditaati, untuk diagungkan, sedangkan mereka mengakui Allah sebagai Tuhan.

Hari ini, sebahagian umat Islam yang mengaku bertuhankan Allah, turut sama berpuasa, bersolat, dan melakukan segala ritual dalam beragama sebagai sebahagian dari ibadah (hubungan manusia dengan Allah), tetapi apabila ianya melibatkan urusan hidup seperti mua’malat dan uqubat (hubungan sesama manusia), mereka langsung tidak memerhatikan sama ada ia bertepatan dengan perintah dan larangan Allah ataupun tidak. Sekiranya mereka tahu akan hukumnya, ia bukanlah halangan setelah ada kepentingan (maslahat) yang ingin dicapai.

Inilah disebut aqidah yang diracuni pemikiran liberal. Ia benar-benar menjauhkan umat ini dari Islam secara halus mahupun jelas..Dengan memahami isu fundamental ini, kita boleh memuhasabah diri dan memperbaharui syahadah kita agar ia benar-benar bererti. Bukannya hanya meniti di bibir seperti sebuah pita rakaman yang dimainkan, menyebut-nyebut sesuatu tanpa ada kesedaran tentang apa yang dilafazkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *