Syariat Berinteraksi Dengan Kehidupan

Dalam kebanyakan kes bencana di Malaysia, bantuan paling utama yang dipinta ialah wang. Ini kerana, bantuan makanan dan pakaian selalunya berlebihan dari siri bantuan terdahulu, dan berlebihan.

Dalam pembahagian zakat, mazhab Shafie mewajibkan zakat dalam bentuk makanan ruji, sedangkan mazhab Hanafi membenarkan pembahagian zakat dalam bentuk wang yang dikira dengan nilaian makanan ruji, walaupun dari segi dalil amalan zaman Rasulullah s.a.w, zakat hanya diberi dalam bentuk makanan ruji.

Ketika hukum syarak berinteraksi dengan kehidupan harian, pilihan yang paling memudahkan itu tidak salah, melainkan seseorang sengaja tukar iktiqod sesuka hati disebabkan kepentingan diri, bukannya dengan memahami ijtihad yang dikeluarkan seseorang mujtahid.

Syaikul Islam, Imam Ibn Taimiyah Rahimahullah adalah antara mujtahid (dengan latar belakang Mazhab Hanafi walaupun ada beberapa pandangan beliau menyalahi qaul Hanafiyah) yang banyak mengeluarkan fatwa yang sangat memudahkan umat Islam dalam banyak urusan. Walaupun terdapat kritikan dalam beberapa pandangan beliau, sebahagian besar pandangan Ibn Taimiyah dipakai hingga hari ini oleh sebahagian besar umat Islam. Antaranya, membenarkan wanita yang dalam keadaan haid mengerjakan tawaf sekiranya wanita berkenaan khuatir ditinggalkan rombongan dengan syarat mereka menjaga kebersihan diri.

Muamalat ialah aturan melibatkan urusan manusia sesama manusia. Ada banyak sisi yang harus diperhatikan untuk memahami bagaimana syariat Islam berinteraksi dengan urusan ini, sepanjang zaman.

Seorang daie harus bijaksana ketika menyampaikan Islam kepada mad’u (contact dakwah). Tidaklah aturan syarak itu merimaskan sehingga orang yang baru masuk Islam, atau baru saja mahu kembali kepada ajaran Islam dilonggok dengan pelbagai hukum sekaligus, seperti ajaran “wajib qadha semua solat yang ditinggalkan, sedangkan hamba Allah yang baru bertaubat itu sudah 40 tahun tidak solat…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *