Pengganti

Sudah menjadi sunnatullah, aturan wahyu itu untuk mengubah realiti yang rosak menjadi realiti yang Allah kehendaki. Sunnah para nabi terdahulu, mereka mengubah masyarakat bukan sebaliknya mengikut realiti yang ada.


Khilafah bukan sebatas konsep, tetapi ia satu kewajipan.
Imam al-Mawardi, menyatakan, “Menegakkan Imamah (Khilafah) di tengah-tengah umat merupakan kewajiban berdasarkan pada Ijma’ Sahabat. (Imam al-Mawardi, Al-Ahkâm as-Sulthâniyyah, hlm. 5).


Imam Ahmad bin Hanbal dalam sebuah riwayat yang disampaikan oleh Muhammad bin ‘Auf bin Sufyan al-Hamashi, menyatakan, “Fitnah akan muncul jika tidak ada imam (khalifah) yang mengatur urusan manusia.” (Abu Ya’la al-Farra’i, Al-Ahkâm as-Sulthâniyah, hlm.19).


Perluasan wilayah, yang disebut futuhat hanyalah salah satu methodology mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Khilafah memiliki dasar luar negara yang berpaksi kepada dakwah dan jihad, dalam rangka meninggikan syiar Islam di seluruh dunia. Inilah yang difahami umat terdahulu, hingga kita hari ini menikmati nikmat Islam.

Adapun untuk menggambarkan makna perkataan Khilafah, saya cenderung menggunakan perkataan PENGGANTI urusan pemerintahan dari Rasulullah s.a.w berdasarkan hadis:


“Aku telah mengikuti majlis Abu Hurairah selama lima tahun, pernah aku mendengarnya menyampaikan hadis dari Rasulullah SAW yang bersabda: ‘Dahulu, Bani Israel dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para Nabi. Setiap kali seorang Nabi meninggal, digantikan dengan Nabi yang lain. Sesungguhnya tidak akan ada Nabi sesudahku. (tetapi) nanti akan ada ramai Khalifah’. Para sahabat bertanya: ‘Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?’ Baginda menjawab: ‘Penuhilah bai’at yang pertama dan yang pertama itu sahaja. Berikanlah kepada mereka hak mereka, kerana Allah nanti akan menuntut pertanggungjawaban mereka tentang rakyat yang dibebankan urusannya kepada mereka.” [HR Muslim]


Baginda s.a.w menyebut perkataan “KHULAFA” iaitu jamak bagi perkataan Khalifah. Ia sekaligus menjadi dalil bahawa ia sistem yang Rasulullah s.a.w ajarkan, dan diikuti pula oleh sahabat besar kemudiannya sebagai Khulafa ar rashideen.


Allahualam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *