Ketika Allah Memberi

Ada ketika, apabila seseorang memujuk kita dengan berkata, “Jangan bimbang, Allah akan bagi balasan yang lebih baik kepada kita” tatkala hati kita kecewa, risau atau sedih akan sesuatu, jarang sekali kita mengambil kata-kata itu dengan makna yang hakiki.

Sedangkan, sekiranya kita dipujuk dengan janji bahawa seorang Perdana Menteri atau Sultan akan memberi hadiah atau gantirugi kepada kita, tentunya kita membayangkan betapa pemberian itu tentunya bererti buat kita. Mungkin Perdana Menteri atau Sultan boleh menghadiahkan kita sebuah rumah, sebidang tanah, atau kurniaan lain.

Tetapi tidakkah kita terfikir, Allah itu Pemerintah tertinggi seluruh alam semesta? Bagaimana jika Dia yang mengurniakan kita sesuatu?

Tentunya tidak ada makhluk mampu memberi pemberian yang sebanding dengan pemberian Nya.

Hidup ini, tidaklah pernah sunyi dari masalah, ujian dan musibah. Semua itu ada ganjaran dari Allah setimpal dengan kesabaran dan redha kita ketika menghadapinya. Apalagi ketika kesusahan itu adalah kerana sebuah perjuangan di jalan Allah.

فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لَا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ بَعْضُكُم مِّن بَعْضٍ فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ثَوَابًا مِّنْ عِندِ اللَّهِ وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ

Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, samada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya) dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam) dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) – sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh). [Ali Imran Ayat 195]

Terlalu Banyak Ritual?

Sebagai bekas pelajar MRSM, saya juga memahami serba sedikit apa yang dituduh sebagai “terlalu banyak” ritual agama yang dipolemikkan oleh portal liberal Free Malaysia Today beberapa hari lalu.

Yang mereka kritik ialah kesungguhan pihak sekolah untuk memberi tarbiah Islam yang terbaik untuk para pelajar, untuk membangunkan sahsiah pelajar agar menjadi insan soleh yang terpelajar. Mungkin ibubapa yang mengkritik itu merasakan amal soleh mereka sudah cukup banyak hingga tidak lagi memerlukan doa dari anak mereka setelah kematian mereka.

Portal Liberal FMT ini bukan kali pertama memainkan isu untuk menyudutkan Islam dan umat Islam ke posisi buruk, jelek, mundur dan sebagainya. Tidaklah menghairankan ketika ucapan selama 3 jam Dr Zakir Naik diulas dengan intipati seminit ucapan beliau lalu dituduh menghina kelompok minoriti di negara ini dengan petikan di luar konteks.

Saya cadangkan ibubapa yang kritik tu untuk keluarkan anak dari MRSM, hantar saja ke sekolah sekular yang mana ia mungkin lebih sesuai pada pandangan mereka dalam membina sahsiah anak mereka. Begitu ramai ibubapa lain memang mengharapkan dan menghargai usaha murni pihak sekolah untuk membentuk anak mereka dengan nilai dan peribadi Islam, berbanding dua tiga kerat kelompok liberal yang menganggap pendidikan itu sebatas kecemerlangan akedemik, bilangan A yang anak mereka mampu capai atau biasiswa mana yang akan menaja mereka di peringkat universiti kelak.

Acara qiamulail tidaklah dilaksanakan setiap hari pun di MRSM. Tazkirah Maghrib tidaklah menyebabkan “Prep Session” terbantut. Solat berjemaah tidaklah menghilangkan formula kimia atau matematik yang dihafal oleh pelajar.

Polemik ini hanyalah salah satu ciri jelas kebiadaban puak liberal dalam usaha secara sistematik menyebarkan dakyah sesat mereka. Inilah yang seharusnya dibasmi oleh Jabatan-jabatan agama, bukannya kelompok dakwah seperti Hizbut Tahrir.

Seandainya Khilafah Berdiri di Nusantara

Saya sokong Tun Mahadhir untuk konsisten mengkritik polisi India yang terhadap Khasmir dan diskriminasi terhadap minoriti Muslim di sana.

Setakat India tak beli sawit, tak mahu jual bawang kat Malaysia, tak ada lah sesiapa kat sini mati kebulur pun. Tak ada lah negara Malaysia ni sebegitu lemah seolah mesti hidup bergantung kepada negara India tu.

China juga serupa. Kalaupun Malaysia tak mampu berdepan secara military dengan China, sekurang-kurangnya negara harus tegas mengkritik kekejaman yang dilakukan.

Langkah seterusnya, jangan hanya bersidang dengan negara tetangga, tetapi usahakan penyatuan yang hakiki secara politik, ketenteraan, ekonomi dan paling utama, semua itu didasari ikatan aqidah.

Agak-agak kapal-kapal dagang India dan China yang nak lalu Selat Melaka, Laut China Selatan boleh selamat kalau umat Islam di nusantara ini bersatu sebagai sebuah kesatuan, sebagai sebuah negara?

Umat Islam tidak memusuhi sesiapa, tetapi kami membela nyawa, kehormatan dan harta saudara kami sebagai satu tubuh. Hizbut Tahrir menggerakkan kesatuan massa yang mana sekiranya Khilafah ditegakkan di Nusantara ini, umat Islam Turki, semenanjung arab, afrika, eropah dan seluruh wilayah lainnya akan memberikan baiat mereka kepada Daulah. Usaha menyiapkan ummah kepada kesatuan ini tidak pernah mudah, tetapi inilah satu-satunya usaha untuk mengembalikan kendali geopolitik dunia kepada kaum muslimin.

Negara superpower ini tidak mungkin boleh dibuli sepertimana keadaan yang berlaku ketika ini. Inilah sebabnya musuh-musuh Islam begitu gigih berusaha menyekat Hizbut Tahrir sekalipun seluruh perjuangan Hizb hanya melalui method pemikiran, tanpa sebarang tindakan fizikal. Mereka memahami,ideology tidak boleh dimusnahkan dengan apa-apa senjata. Ideology lah yang akan membangkitkan sesebuah tamadun sebagaimana kita saksikan bangkitnya kuasa penjajah Barat dari ideology Kapitalis mereka, dan bangkitnya blok komunis dari ideology sosialis mereka.

Pengikat Sebuah Kesatuan

Dengan menganalogikan perpaduan umah sebagai seberkas lidi penyapu, ia hanya mampu menjalankan tugas sebagai penyapu ketika ia diikat bersama dengan getah atau tali hingga ia tidak tercerai-berai.

Begitulah umat ini, ketika tidak ada pengikat yang menyatukan mereka, maka 1.7 Billion umat Islam di dunia ini tidak mampu untuk mempertahankan diri tatkala kehormatan, harta dan nyawa mereka diragut oleh musuh. Umat tidak mampu berfungsi dalam keadaan tercerai-berai.

Pengikat itu harus mampu mengikat dengan utuh, yang terlebih dahulu memerlukan perbuatan “mengikat”. Ini kerana, secara semulajadi, seberkas lidi sekalipun diletak bersama seutas tali pengikat, ia tidak akan terikat melainkan adanya usaha mengikat.

Begitulah umat ini, tatkala mereka berharap adanya pembela ketika mereka dizalimi, perlu adanya pihak yang berusaha mewujudkan institusi yang merupakan Sang Pembela itu.

Perbuatan mengikat itu pula haruslah sesuai untuk menjalankan fungsinya. Sekiranya seberkas lidi itu cuba diikat hanya dengan seurat getah, ia tidak mampu bertahan dalam jangkawaktu yang lama. Getah itu juga haruslah dikuatkan dengan beberapa getah lain.

Begitulah umat ini, tatkala mereka cuba mengikat kesatuan mereka dengan organisasi seperti OIC yang selama ini cuma mampu menjadi penonton melihat pelbagai keganasan dilakukan musuh terhadap umat Islam. Ikatan berasaskan kepentingan, dibayangi konsep negara bangsa (Nation States) yang terpisah secara politik akhirnya hanya mampu mengeluarkan kata-kata kecaman yang tidak bererti. Bahkan bukan lagi rahsia, mereka yang mewakili ummah dalam OIC itulah yang menjadi agent kepada pihak yang melakukan keganasan terhadap ummah.

KHILAFAH ialah satu-satunya institusi pengikat yang menyatukan seluruh dunia dengan ikatan yang paling utuh. Ikatan ini berfungsi menyatukan ketaatan umat Islam kepada seorang Amirul Mukminin, yang menjadi simbol perpaduan, jesteru kekuatan ummah.

Dari Abu Hurairah R.A, dari Nabi Muhammad s.a.w, baginda bersabda:

إِنَّمَا الْإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ

”Sesungguhnya al-Imâm (khalifah) itu adalah perisai, di mana (orang-orang) akan berperang di belakangnya (mendukung) dan berlindung (dari musuh) dengan (kekuasaan) nya.” (HR. Al-Bukhari, Muslim, Ahmad]

Sokong Iran atau Amerika?

Al-Qurtubi berkata umat Islam turut bergembira ketika mendapat berita bahawa pasukan tenetra Rom mengalahkan Parsi kerana Rom merupakan Ahli Kitab. Sementara itu Quraisy Mekah berdukacita dengan kekalahan Parsi kerana Quraisy dan Parsi bukan Ahli Kitab yang tidak beriman kepada Allah dan hari Akhirat. ( al-Qurtubi, Tafsir al-Qurtubi, hlm. 197/9 )

Ini bermakna umat Islam saling berkongsi kegembiraan di atas kemenangan ini kerana Rom beragama Nasrani yang diturunkan kitab Injil dan umat Islam mempunyai kitab al-Quran. Akidah Rom lebih mendekati akidah umat Islam kerana masing-masing mempunyai Kitab yang diturunkan. Parsi pula beragama Majusi yang menyembah api dan Quraisy sembahan mereka adalah patung berhala. Kedua-dua akidah ini sangat jauh daripada petunjuk Allah s.w.t seperti yang diturunkan kepada nabi Isa a.s dan nabi Muhammad s.a.w.

Mengaitkan sokongan para sahabat terhadap Rom ketika mereka memerangi Parsi, apakah kita wajar menyokong Amerika ketika mereka berperang dengan Iran???

Dengan perkembangan terbaru di Timur Tengah ketika ini, timbul persoalan, sama ada umat Islam mahu menyokong Iran, yang terlibat dengan pelbagai kekejaman ke atas umat Islam Syria, ataupun menyokong Amerika yang menjadi penjaga Israel, dan membunuh jutaan nyawa di Iraq, Afghan, Somalia, Vietnam dan pelbagai negara lain yang lemah.

Bagi saya, tindakan yang paling wajar bukanlah mengambil pendirian menyokong salah satu dari negara pengganas ini. Masalah Iran bukanlah semata-mata pada fahaman Syiahnya, tetapi dasar politik mereka yang secara terang melakukan pelbagai kekejaman terhadap umat Islam. Sama ada syiah seperti Basyar Assad ataupun ‘sunni’ seperti Abdul Fatah Al Sisi, mereka bukanlah tokoh yang wajar diberi sanjungan. Tangan mereka berlumur dengan darah umat Islam.

Pasukan yang wajib kita sokong masih belum terbentuk. Ia adalah sebuah kuasa superpower baharu yang sama sekali tidak sama dengan mana-mana pengganas dan penjajah seperti Amerika, China, Russia, Iran atau lainnya.

Bukan sekadar sokongan, malah umat wajib berusaha siang dan malam dengan sedaya upaya mengembalikan kekuasaan superpower ini, iaitu KHILAFAH a’la minhaj nubuwah, yang dijanjikan kemunculannya secara mutawatir (melalui pelbagai jalur riwayat).

Amerika berkhayal dengan persenjataan mereka yang canggih, kekuasaan mereka akan selamanya kekal. Allah sudahpun membinasakan kaum A’d yang membina bangunan setinggi gunung, kaum Tsamud yang membelah gunung untuk dijadikan istana, kaum Firaun yang membina Piramid yang sehingga kni masih berdiri setelah lebih 5000 tahun…. Apakah tamadun Amerika yang cuma sekitar 200 tahun itu boleh kekal selamanya?

Kembalikan perhatian kepada pihak yang sewajibnya kita sokong. Bukan kagum dengan syaitan dan iblis yang sedang berbalah.