Sokong Iran atau Amerika?

Al-Qurtubi berkata umat Islam turut bergembira ketika mendapat berita bahawa pasukan tenetra Rom mengalahkan Parsi kerana Rom merupakan Ahli Kitab. Sementara itu Quraisy Mekah berdukacita dengan kekalahan Parsi kerana Quraisy dan Parsi bukan Ahli Kitab yang tidak beriman kepada Allah dan hari Akhirat. ( al-Qurtubi, Tafsir al-Qurtubi, hlm. 197/9 )

Ini bermakna umat Islam saling berkongsi kegembiraan di atas kemenangan ini kerana Rom beragama Nasrani yang diturunkan kitab Injil dan umat Islam mempunyai kitab al-Quran. Akidah Rom lebih mendekati akidah umat Islam kerana masing-masing mempunyai Kitab yang diturunkan. Parsi pula beragama Majusi yang menyembah api dan Quraisy sembahan mereka adalah patung berhala. Kedua-dua akidah ini sangat jauh daripada petunjuk Allah s.w.t seperti yang diturunkan kepada nabi Isa a.s dan nabi Muhammad s.a.w.

Mengaitkan sokongan para sahabat terhadap Rom ketika mereka memerangi Parsi, apakah kita wajar menyokong Amerika ketika mereka berperang dengan Iran???

Dengan perkembangan terbaru di Timur Tengah ketika ini, timbul persoalan, sama ada umat Islam mahu menyokong Iran, yang terlibat dengan pelbagai kekejaman ke atas umat Islam Syria, ataupun menyokong Amerika yang menjadi penjaga Israel, dan membunuh jutaan nyawa di Iraq, Afghan, Somalia, Vietnam dan pelbagai negara lain yang lemah.

Bagi saya, tindakan yang paling wajar bukanlah mengambil pendirian menyokong salah satu dari negara pengganas ini. Masalah Iran bukanlah semata-mata pada fahaman Syiahnya, tetapi dasar politik mereka yang secara terang melakukan pelbagai kekejaman terhadap umat Islam. Sama ada syiah seperti Basyar Assad ataupun ‘sunni’ seperti Abdul Fatah Al Sisi, mereka bukanlah tokoh yang wajar diberi sanjungan. Tangan mereka berlumur dengan darah umat Islam.

Pasukan yang wajib kita sokong masih belum terbentuk. Ia adalah sebuah kuasa superpower baharu yang sama sekali tidak sama dengan mana-mana pengganas dan penjajah seperti Amerika, China, Russia, Iran atau lainnya.

Bukan sekadar sokongan, malah umat wajib berusaha siang dan malam dengan sedaya upaya mengembalikan kekuasaan superpower ini, iaitu KHILAFAH a’la minhaj nubuwah, yang dijanjikan kemunculannya secara mutawatir (melalui pelbagai jalur riwayat).

Amerika berkhayal dengan persenjataan mereka yang canggih, kekuasaan mereka akan selamanya kekal. Allah sudahpun membinasakan kaum A’d yang membina bangunan setinggi gunung, kaum Tsamud yang membelah gunung untuk dijadikan istana, kaum Firaun yang membina Piramid yang sehingga kni masih berdiri setelah lebih 5000 tahun…. Apakah tamadun Amerika yang cuma sekitar 200 tahun itu boleh kekal selamanya?

Kembalikan perhatian kepada pihak yang sewajibnya kita sokong. Bukan kagum dengan syaitan dan iblis yang sedang berbalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *