Seandainya Khilafah Berdiri di Nusantara

Saya sokong Tun Mahadhir untuk konsisten mengkritik polisi India yang terhadap Khasmir dan diskriminasi terhadap minoriti Muslim di sana.

Setakat India tak beli sawit, tak mahu jual bawang kat Malaysia, tak ada lah sesiapa kat sini mati kebulur pun. Tak ada lah negara Malaysia ni sebegitu lemah seolah mesti hidup bergantung kepada negara India tu.

China juga serupa. Kalaupun Malaysia tak mampu berdepan secara military dengan China, sekurang-kurangnya negara harus tegas mengkritik kekejaman yang dilakukan.

Langkah seterusnya, jangan hanya bersidang dengan negara tetangga, tetapi usahakan penyatuan yang hakiki secara politik, ketenteraan, ekonomi dan paling utama, semua itu didasari ikatan aqidah.

Agak-agak kapal-kapal dagang India dan China yang nak lalu Selat Melaka, Laut China Selatan boleh selamat kalau umat Islam di nusantara ini bersatu sebagai sebuah kesatuan, sebagai sebuah negara?

Umat Islam tidak memusuhi sesiapa, tetapi kami membela nyawa, kehormatan dan harta saudara kami sebagai satu tubuh. Hizbut Tahrir menggerakkan kesatuan massa yang mana sekiranya Khilafah ditegakkan di Nusantara ini, umat Islam Turki, semenanjung arab, afrika, eropah dan seluruh wilayah lainnya akan memberikan baiat mereka kepada Daulah. Usaha menyiapkan ummah kepada kesatuan ini tidak pernah mudah, tetapi inilah satu-satunya usaha untuk mengembalikan kendali geopolitik dunia kepada kaum muslimin.

Negara superpower ini tidak mungkin boleh dibuli sepertimana keadaan yang berlaku ketika ini. Inilah sebabnya musuh-musuh Islam begitu gigih berusaha menyekat Hizbut Tahrir sekalipun seluruh perjuangan Hizb hanya melalui method pemikiran, tanpa sebarang tindakan fizikal. Mereka memahami,ideology tidak boleh dimusnahkan dengan apa-apa senjata. Ideology lah yang akan membangkitkan sesebuah tamadun sebagaimana kita saksikan bangkitnya kuasa penjajah Barat dari ideology Kapitalis mereka, dan bangkitnya blok komunis dari ideology sosialis mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *