Interaksi Syarak Dan Realiti

Tidak pernah ada satupun perintah dari mana-mana sumber ajaran Islam, sama ada Al Quran mahupun hadis untuk membenarkan seseorang muslim ataupun kelompok jemaah kaum muslimin melakukan pemberontakan bersenjata menentang pemerintah, termasuklah bagi pemerintah di negara kafir bagi kaum muslimin yang hidup di negara kafir.

Islam adalah satu agama yang realistik, dan berinteraksi dengan pelbagai bangsa, agama, keturunan, sentiasa sesuai dengan mana-mana zaman untuk dipraktikan. Agama Allah ini bukanlah agama supernatural yang di luar tabie alam, bukan pula agama yang khusus untuk mana-mana kelompok tertentu sahaja.

Ketika pemerintah kafir juga wajib ditaati (selagi mereka tidak mengarah kepada maksiat), apalagi pemerintah umat Islam yang sah, dalam negeri umat Islam, dalam perkara yang sama. Ini termasuklah taat kepada undang-undang jalanraya, keselamatan, alam sekitar dan sebagainya.

Adapun, kewajipan melakukan muhasabah sentiasa harus dilakukan. Segala kerosakan, kesalahan, kelemahan pemerintah harus ditegur dan umat harus sentiasa dipandu dengan jalan dakwah. Mengkritik tidak bermaksud menentang sosok pemerintah. Memuhasabah, harus sentiasa pada ruang batasan syarak, penuh hikmah.

Tuduhan kononnya Hizbut Tahrir berdakwah di Eropah sebab kebebasan yang diberikan demokrasi tidak tepat kerana di negara sosialis dan komunis juga Hizb tetap melakukan usaha yang sama. Begitu juga yang berlaku di Malaysia. Yang lebih tepat, Hizb melakukan usaha dakwah kerana ia merupakan satu kewajipan, bukan sebab lainnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *