Social Distancing

COVID-19 bukanlah penyakit yang terus menyebabkan kematian kerana dalam kebanyakan kes, pesakit hanya mendapat symptom yang ringan dengan potensi sembuh yang tinggi. Tetapi, apa yang menjadikan wabak ini sangat berbahaya ialah, ia sangat mudah merebak, dan mereka yang dijangkiti sangat mudah memindahkan jangkitan kepada orang lain sebelum mereka menunjukkan symptom penyakit.

Apa yang sangat dikhuatiri oleh para perawat ialah, kesesakan fasiliti perubatan disebabkan ramainya pesakit, menyebabkan pesakit dengan risiko kematian (seperti warga tua, pesakit lemah daya tahan dan sebagainya) tidak dapat menerima rawatan sewajarnya hingga menyebabkan kematian. Disebut “avoidable death” , dan ini termasuk juga pesakit lain yang memerlukan rawatan seperti pesakit jantung, stroke, kemalangan dan sebagainya, akibat ketidakupayaan fasiliti perubatan menampung jumlah pesakit yang terlalu ramai.

Itulah sebabnya, “social distancing” adalah kunci utama mengawal dan melawan wabak ini sekalipun vaksin dan rawatan yang berkesan belum lagi ditemui. Fenomena ini juga yang sedang berlaku di Wuhan, tempat wabak ini mula dikesan, melalui kaedah social distancing yang ketat dilakukan sejak lebih 50 hari yang lalu.

Saya menyokong langkah pihak kementerian Kesihatan Malaysia dan WHO dalam mengekang wabak ini dengan kaedah menghadkan pergerakan massa. Strategi “flatten the curve” dilihat sebagai paling baik dalam memastikan wabak ini dapat dibendung walaupun untuk menghapuskannya sama sekali masih memerlukan kajian yang lebih mendalam.

Kita panjatkan doa kepada Pemilik Seluruh Alam, yang mendatangkan kepada kita satu bentuk ujian untuk kita sentiasa ingat bahawa sehebat apapun kita sebagai manusia, kita tetaplah hamba Nya yang lemah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *