Perayaan Mawlid Bidaah?

Imej : Tidak ada buku sejarah yang mengatakan Ubaid bin Maimun Al-Qoddah pengasas perayaan Mawlid, untuk checklist ini.

1) Ada 3 pendapat tentang Siapakah yang memperkenalkan perayaan Mauwlid dalam Islam

a) ahli sejarah ada berpendapat bahawa Muzhaffaruddin Al-Kaukabri dicatatkan pada tahun 604, telah mengadakan perayaan maulid,di Irbil ( Ibn Khallikan, Sibth Ibn Al-Jauzi, Ibn Kathir, Al-Hafizh Al-Sakhawi, Al-Hafizh Al-Suyuthi)
b) Ada yang berpendapat bahawa Solahuddin Al-Ayubi r.h. yang membuat perayaan ini kali pertama.
c) Ada yang berpendapat bahawa dari kerajaan Fatimiyyun (Asy Syaikh Bakhit Al Muti’iy, Al Ustadz ‘Ali Fikriy) ada perayaan ini dalam Daulah Fatimiah, namun tidak ada yang mengatakan perayaan ini diperkenalkan oleh Ubaid bin Maimun Al-Qoddah.

2) Ada puak yang mengatakan bahawa perayaan ini bidaah dengan mengambil pandangan (c) kemudian golonga ini mereka-reka fakta baru dengan meletakkan nama Pengasas Daulah Fatimiah iaitu Ubaid bin Maimun Al Qoddah. Ahli sejarah mengomentar bahawa Daulah Fatimiah ada banyak perayaan termasuk Maulid Nabi SAW, akhirnya golongan yang mengambil sumber sejarah sekerat2 mengatakannya nama tertuduh iaitu Ubaid bin Maimun Al-Qoddah, sebagai kambing hitam untuk mereka kemudian membina premis seterusnya membuat kesimpulan mreka.

3) Kemudian mereka cuba memesongkan fakta tentang catatan ahli sejarah, bahawa sultan Muzhafaruddin orang yang suni merayakan dan juga Solahuddin al-ayubi r.h.
Teknik mereka terlalu simplistik, Serangan Solahuddin Al-Ayubi ke atas Fatimiah merupakan bukti Solahuddin Al-Ayubi tidak merayakan Mawlid. (Hujah yang tidak berpijak kepada fakta sejarah, cuba menutup fakta yang ada dalam buku sejarah).

4) Inilah di antara beberapa contoh bagaimana sesuatu golongan cuba memanipulasi fakta sejarah untuk menyokong aliran mereka iaitu merayakan MAWLID adalah BIDAAH MUNGKARAH, KERAN IKUTAN DAULAH FATIMIAH, kemudian mereka menerangkan kesesatan Fatimiah dan sebagainya.

5) Naratif dilakukan demikian rupa sekadar untuk menguatkan padangan mereka anuti, sedangkan fakta sejarah kelihatan tidak menyokong mereka, mereka akan cuba selindungkan ataupun mereka fakta baru.

6) Penulis Status : Memandang sambutan kelahiran Nabi SAW secara lizatihinya adalah Harus (Mubah), namun jika ada dalam pakej tersebut, tazkirah, bacaan Al-Quran, selawat dsbnya. – Maka hukumnya jadi Sunat mengikut pakej.

Kalau dalam majlis itu – ada pakej campur gaul lelaki ppuan dan juga lain2 perkara haram, seperti kumpulan rock lakukan dalam konsert mereka, maka ini diharamkan.

7) Halal-haram bukan ditentukan dengan teknik simplistik dengan memetik sejarah, ini direka oleh si mamat A kemudian megatakan ini Bidaah Mungkarah mengikut naratif mereka bukan mengikut kaedah usul Fiqh, atau cara istimbath yang benar.

****Hizbut Tahrir menolak Daulah Fatimiah sebagai sebuah Daulah Islamiah, dan pemimpin mereka terdiri dari orang yang sesat. (Sumber : Kitab Daulah Islamiah)

 

Sumber asal: Ustaz Ahmad Mustafa, Aktivis Hizbut Tahrir Malaysia