Hope, Vision & Victory in Ramadan

Hope, Vision & Victory in Ramadan

وَاللّٰهُ غَالِبٌ عَلٰى أَمْرِهٖ وَلٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُوْنَ

Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengerti… (Surah Yusuf Ayat 21)

Ayat ini diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w di Makkah, di kala baginda dan kau muslimin ditindas, dipulaukan, difitnah dan dibunuh oleh mushrikin Makkah.

Allah azzawajallah mengingatkan kepada baginda akan kisah Nabi Yusuf AS yang diuji dengan pelbagai ujian, termasuk dicampak ke dalam perigi oleh adik beradiknya sendiri, dihumban ke dalam penjara walaupun beliau tidak bersalah, dan dari kisah Nabi Yusuf AS ini, pada akhirnya, adik beradik yang dahulunya melakukan khianat kepada beliau datang kepada Yusuf AS dan meminta bantuan makanan dan pertolongan. Allah juga telah mengangkat Yusuf AS menjadi salah seorang pembesar yang bertanggungjawab terhadap perbendaharaan negara setelah dibebaskan dari penjara.

Allah menunjukkan bahawa Dia memiliki KAWALAN PENUH ke atas segala perkara yang berlaku, dan ia tidak berat buat Allah walaupun sedikit.

Beberapa pengajaran:

1. HOPE: Para pemikul dakwah tidak sesekali bersendirian dalam menghadapi segala kesukaran kerana Allah bersama mereka. Jangan berhenti dari berharap kepada Allah
2. VISION: Al Quran adalah petunjuk bagi seluruh manusia. Islam membawa solusi terhadap segala macam permasalahan hidup manusia.
3. VICTORY: Allah berkuasa memberi kemenangan kepada hamba Nya yang soleh, dan ianya kemenangan yang dijanjikan